Posts

Kelogikan Hari Akhirat (Afterlife)

Pada penghujung surah Yasin, Tuhan memberi 4 dalil logik yang boleh kita ambil dan pahatkan dalam fikiran kita tentang kewujudan hari kebangkitan semula atau yang disebut hari Akhirat. Mari kita lihat surah Yasin ayat ke-79 hingga 82: { قُلۡ يُحۡيِيهَا ٱلَّذِيٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٖۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلۡقٍ عَلِيمٌ } Terjemahan: Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); { ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلشَّجَرِ ٱلۡأَخۡضَرِ نَارٗا فَإِذَآ أَنتُم مِّنۡهُ تُوقِدُونَ } Terjemahan: "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu". { أَوَلَيۡسَ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يَخۡلُقَ مِثۡلَهُمۚ بَلَىٰ وَهُوَ ٱلۡخَلَّٰقُ ٱلۡعَلِيمُ } Terjemahan: Tidakkah diakui dan tidakka...

Status kisah terpadamnya api sembahan Majusi ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW. Adakah ia palsu?

Assalamualaikum semua, saya telah melakukan sedikit takhrij berkenaan kisah berkenaan terpadamnya api sembahan kelompok Majusi di Parsi ketika kelahiran Nabi Muhammad SAW Secara ringkasnya, kisah ini berstatus hasan, kerana saya telah menemui 2 sanad yang berlainan bagi kisah ini. Sanad pertama direkodkan oleh at-Tabari di dalam tarikhnya, al-Khara'iti di dalam Hawatif al-Jann, Ibn Abi Dunya sebagaimana yang disebutkan oleh al-Zahabi di dalam Tarikh al-Islam, Abu Nu'aim di dalam salah satu riwayatnya di dalam Dala'il al-Nubuwwah dan al-Baihaqi di dalam Dala'il al-Nubuwwah melalui jalur Ali b. Harb al-Mawsili & Muhammad b. Ja'far b. A'yan; keduanya dari Abu Ayyub Ya'la b. Imran atau Ya'la b. al-Nu'man al Bajali dari Makhzum b. Hani' al-Makhzumi dari bapanya. Kesimpulannya, sanad ini lemah (dhoif) kerana ia mursal dan padanya majhul iaitu Makhzum b. Hani' al-Makhzumi. Sanad kedua pula disebutkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah dan ...

Hadith Sayyidina al-Abbas b. Abd al-Muttolib tentang siapa yang merasai kelazatan iman.

Syarahan hadith ذاق طعم الإيمان من رضي بالله برا والإسلام دينا وبمحمد رسولا 34 ( 56 ) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ ، وَبِشْرُ بْنُ الْحَكَمِ ، قَالَا : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ - وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ الدَّرَاوَرْدِيُّ - عَنْ يَزِيدَ بْنِ الْهَادِ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ ، عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ ، عَنِ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : " ذَاقَ طَعْمَ الْإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا ". Dari Sayyidina al-Abbas b. Abd al-Muttolib -radhiyallahu anhu- bahawa sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah Sallahu alaihi wasallam bersabda: "Sungguh orang yang meredai Allah -subhanahu wata'ala- sebagai Tuhannya, agama Islam sebagai agamanya, dan Nabi Muhammad -Sallahu alaihiwasallam- sebagai utusan Tuhan benar-benar menikmati kelazatan rasa keimanan." Imam Muslim merekodkannya di dalam ...

Penghapusan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang di dalam hadith puasa hari Arafah

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas limpah kurnia, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad dan ke atas para sahabatnya dan mereka yang meniti jalannya. Tempoh hari yang lalu, ustaz Halid bin Sabtu memberi isyarat kepada saya untuk menulis berkenaan lafaz والسنة التي بعده di dalam hadith puasa hari Arafah. Berikut merupakan risalah ringkas tersebut. Sila rujuk: Berbaki pula syarahan tentang penghapusan setahun dosa akan datang yang merupakan fadhilat puasa hari Arafah; Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa maksud penghapusan dosa setahun akan datang ialah penghapusan dosa yang kecil. Berkemungkinan juga penghapusan dosa setahun itu menjadi ganjaran melalui diringankan (dikurangkan azab) bagi dosa-dosa besar yang dilakukan. Boleh jadi juga ia merupakan ganjaran diangkat darjatnya di akhirat kelak.  Kesimpulannya fadhilat puasa Arafah yang menghapuskan dosa setahun akan datang sabit bahkan di...

Iman kepada Allah dan Hari Akhirat melazimkan baki rukun iman yang lain.

Kenapa kadang-kadang ayat tentang iman kepada Allah di dalam al-Quran selalu disertai dengan iman dengan hari Akhirat tanpa disertai dengan baki rukun yang lain dalam rukun iman seperti beriman kepada malaikat, rasul, kitab dan qada' dan qadar? Sebagai contoh إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (Abdullah Muhammad Basmeih) Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. -Surah Al-Baqarah, Ayah 62 Jawapannya adalah kerana iman kepada rasul itu te...

Bayang-bayang dalam syurga

Al-Quran ketika mana mensifatkan Syurga dalam surah ar-Ra'd ayat 35: أُكُلُها دَائِمٌ وَظِلُّهَا "Makanan syurga itu kekal ada dan tidak putus-putus, dan naungannya sentiasa teduh." Namun timbul persoalan, naungan atau bayang-bayang di dunia terhasil dengan adanya matahari di dunia. Jadi, adakah di syurga juga ada matahari? Jawapannya tidak. Matahari tiada di syurga. Jadi, mana datang bayang-bayang/naungan tu? Persoalan ini dijawab dengan 3 jawapan. 1) Cahaya yang menyebabkan wujudnya bayang-bayang/naungan itu datangnya dari pelita-pelita yang tergantung di Arasy berdasarkan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ibn Abbas rad. bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya roh-roh para syuhada' berada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di Arasy. ..."  2) Ia merupakan cahaya Arasy itu sendiri. 3) Boleh sahaja Allah mencipta bayang-bayang itu tanpa matahari kerana bayang-bayang itu perkara yang memang ada. Mak...

Kesan isim mawsul pada makna ayat 3 surah an-Nisa'‎

Kenapa digunakan ما (biasa merujuk kepada tidak berakal) berbanding من (biasa merujuk kepada yang berakal) pada ayat berikut? فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثنى وثلاث ورباع "Maka nikahilah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan; dua, tiga atau empat" Ada 2 jawapan 1. Sebab orang Arab juga gunakan ما untuk menggantikan من dan sebaliknya seperti ayat فنهم من يمشي على أربع "Dan sebahagian haiwan (yang Allah ciptakan) berjalan dengan empat kaki." Sedangkan haiwan-haiwan itu tidak berakal. 2. Sebab ما طاب merujuk kepada mana-mana perempuan yang mempunyai ciri dan sifat yang baik, tanpa menetapkan mana-mana zat perempuan pun, namun jika digunakan من طاب, maka akan terus merujuk dengan tertentu kepada perempuan-perempuan yang masyhur dengan sifat baiknya dalam kalangan manusia. Hal ini kerana bila ditanya ما تزوجتَ؟ Maka yang dikehendaki ialah "adakah perempuan yang dikahwini itu perawan, balu atau janda?". Manakala bila ditanya من تزوجتَ؟ Maka yang dike...