Kesan isim mawsul pada makna ayat 3 surah an-Nisa'‎

Kenapa digunakan ما (biasa merujuk kepada tidak berakal) berbanding من (biasa merujuk kepada yang berakal) pada ayat berikut?
فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثنى وثلاث ورباع
"Maka nikahilah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan; dua, tiga atau empat"

Ada 2 jawapan
1. Sebab orang Arab juga gunakan ما untuk menggantikan من dan sebaliknya seperti ayat
فنهم من يمشي على أربع
"Dan sebahagian haiwan (yang Allah ciptakan) berjalan dengan empat kaki."
Sedangkan haiwan-haiwan itu tidak berakal.

2. Sebab ما طاب merujuk kepada mana-mana perempuan yang mempunyai ciri dan sifat yang baik, tanpa menetapkan mana-mana zat perempuan pun, namun jika digunakan من طاب, maka akan terus merujuk dengan tertentu kepada perempuan-perempuan yang masyhur dengan sifat baiknya dalam kalangan manusia. Hal ini kerana bila ditanya
ما تزوجتَ؟
Maka yang dikehendaki ialah "adakah perempuan yang dikahwini itu perawan, balu atau janda?". Manakala bila ditanya
من تزوجتَ؟
Maka yang dikehendaki ialah nama dan keturunan yang tertentu.
والله أعلم
اه‍

Dengan sedikit penyesuaian dari at-Tahrir wa at-Tanwir karya Imam ibn Asyur dan al-Jami' li Ahkam al-Quran karya Imam al-Qurtubi

Comments

Popular posts from this blog

Status kisah terpadamnya api sembahan Majusi ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW. Adakah ia palsu?

Iman kepada Allah dan Hari Akhirat melazimkan baki rukun iman yang lain.

Penghapusan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang di dalam hadith puasa hari Arafah