Penghapusan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang di dalam hadith puasa hari Arafah

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas limpah kurnia, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad dan ke atas para sahabatnya dan mereka yang meniti jalannya.

Tempoh hari yang lalu, ustaz Halid bin Sabtu memberi isyarat kepada saya untuk menulis berkenaan lafaz والسنة التي بعده di dalam hadith puasa hari Arafah. Berikut merupakan risalah ringkas tersebut.

Berbaki pula syarahan tentang penghapusan setahun dosa akan datang yang merupakan fadhilat puasa hari Arafah;

Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa maksud penghapusan dosa setahun akan datang ialah penghapusan dosa yang kecil. Berkemungkinan juga penghapusan dosa setahun itu menjadi ganjaran melalui diringankan (dikurangkan azab) bagi dosa-dosa besar yang dilakukan. Boleh jadi juga ia merupakan ganjaran diangkat darjatnya di akhirat kelak. 

Kesimpulannya fadhilat puasa Arafah yang menghapuskan dosa setahun akan datang sabit bahkan diterima meluas dalam kalangan ahli ilmu.

Wallahu a'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Status kisah terpadamnya api sembahan Majusi ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW. Adakah ia palsu?

Iman kepada Allah dan Hari Akhirat melazimkan baki rukun iman yang lain.