Bayang-bayang dalam syurga

Al-Quran ketika mana mensifatkan Syurga dalam surah ar-Ra'd ayat 35:

أُكُلُها دَائِمٌ وَظِلُّهَا
"Makanan syurga itu kekal ada dan tidak putus-putus, dan naungannya sentiasa teduh."

Namun timbul persoalan, naungan atau bayang-bayang di dunia terhasil dengan adanya matahari di dunia. Jadi, adakah di syurga juga ada matahari?

Jawapannya tidak. Matahari tiada di syurga. Jadi, mana datang bayang-bayang/naungan tu? Persoalan ini dijawab dengan 3 jawapan.

1) Cahaya yang menyebabkan wujudnya bayang-bayang/naungan itu datangnya dari pelita-pelita yang tergantung di Arasy berdasarkan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ibn Abbas rad. bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya roh-roh para syuhada' berada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di Arasy. ..." 

2) Ia merupakan cahaya Arasy itu sendiri.

3) Boleh sahaja Allah mencipta bayang-bayang itu tanpa matahari kerana bayang-bayang itu perkara yang memang ada. Maka kewujudannya boleh terhasil tanpa adanya matahari.

اه‍ ملخصا من كلام السجاعي في حاشيته على شرح القطر.

Comments

Popular posts from this blog

Status kisah terpadamnya api sembahan Majusi ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW. Adakah ia palsu?

Iman kepada Allah dan Hari Akhirat melazimkan baki rukun iman yang lain.

Penghapusan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang di dalam hadith puasa hari Arafah